Khamis, 2 Julai 2009

Sambutan Hari Guru


Murid-murid mempersembahkan tarian sempena sambutan hari guru. Wah, aktifnya murid-murid ini untuk melompat........ Hehehe..........

Murid-murid menikmati makanan yang dihidangkan dengan gembira. Hmmmm sedapnya makanan ini....

Sambutan Bulan Merdeka


Adik jawablah soalan!!!! jangan asyik senyum je. Tengoklah yang lain rajin menjawab soalan yang diberi.



Murid-murid melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan Merdeka. Murid-murid berseronok mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan merdeka. Semangat betul murid-murid sekolah.

GOTONG ROYONG

Rajinnya cikgu-cikgu buat kerja. Bersihnya bilik ini. Pandaiiiiiiii................



Kenapa cikgu tak ada tempat lain ke untuk mengecat? Masa panas pun cikgu kalai rajin mengecat. Tak panas ke cikgu? Kasihannya cikgu ini





Gotong royong sekolah diadakan pada 24 April 2009. Gotong royong ini telah dilakukan oleh warga Ladang Kelpin bersama dengan sokongan PIBG.


















Rabu, 1 Julai 2009

GOTONG ROYONG

Gotong royong telah diadakan. kerja-kerja menanam pokok bunga, mengecat kawasan sekolah serta pintu masuk sekolah. Guru besar sedang mengecat pintu masuk sekolah dengan sokongan guru-guru, pekerja serta ahli PIBG.


Fuyoooo....................... pandainya guru besar mengecat. Ada idea untuk membuat bisnes mengecat ke cikgu? Hehehehehe................................. Jangan marah cikgu.

GAMBAR WARGA KELPIN


Ini adalah hero-hero dan heroin-heroin SJKT Ladang Kelpin. Guru yang
memakai baju putih adalah En.S.Prabushankar, guru yang memakai baju
warna pink adalah favourite hero di sekolah ini. Selain itu adalah ratu-ratu
SJKT Ldg Kelpin.

SEJARAH PSS

Sekolah ini dikenali sebagai SJKT Ladang Kelpin. Ianya terletak di Ladang kelpin.
Sekolah ini mempunyai 2 bangunan. Seramai 11 orang guru berkhidmat di sekolah ini dan seramai 52 orang murid belajar di sekolah ini.

OBJEKTIF PSS

Ø Pusat mengumpul dan mengedar semua jenis alat dan bahan mengajar

Ø Membentuk alat dan bahan mengajar murah.

Ø Melatih dan menggalakkan guru menggunakan BBM yang sesuai.

Ø Membentuk JK kurikulum sekolah terhadap penggunaan dan integrasi media.

Ø Melatih guru berdikari, kreatif dan inovatif.

Ø Menjadikan PSS tempat pembelajaran bagi guru menggunakan pelbagai jenis media.

Ø Membina tabiat membaca di kalangan pelajar